December 02, 2012

Minggu ke-34 kehamilan

salam...hari ni saya nak update perkembangan kehamilan minggu ke 34....
Perasaan saya semakin berdebar-debar, disamping rasa xpercaya yang baby akan lahir xlama lagi..

*perut semakin membesar

*rasa perut lebih berat dari minggu-minggu yang sebelumnya

*rasa xlarat sangat, macam nak cuti jer, rehat2 kat umah

*start hari ni, rasa sakit kat tulang bawah, terutama pangkal paha kanan

*berjalan pon dah xstabil, mcm penguin dah rasanya

itu setakat hari, semoga baby akan selamat dilahirkan dan sihat hendaknya, semoga saya sempat balik ke kampung nanti

semoga xada apa-apa masalah sehingga 13 /12/2012 sebab saya kena dapatkan tandatangan doktor panel MAS sebelum fly balik nt....AMIN

November 29, 2012

Semoga Allah permudahkan~~ niat mahu full BF baby




Salam.... hari ni saya nak bercerita pasal breast feed. Alhamdulillah, start dari awal pregnant, saya dan suami sudah berniat untuk full breast feed baby kami nanti.
Suami saya memang menyokong, tambah lagi bila dia baca buku dan artikel mengenai pendidikan awal kanak-kanak dalam Islam, niat saya lagi disokong oleh dia.

Untuk menjayakan niat saya ini, saya pon kena mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu penyusuan...
Saya dan suami telah pergi ke Seminar Penyusuan Susu Ibu, siap menang hadiah lagi. [entry di sini]
Saya juga join group Kumpulan Ibu Menyusu (KIM) kat FB...
Best baca pengalaman dan menimba ilmu dari ibu-ibu yang menyusu bayi mereka...TQ ibu-ibu KIM...

Lepas tu, saya perlu siapkan gadjet2 untuk misi saya nih...
Melalui pembacaan saya, ada antara gadjet2 yang saya telah listkan untuk dibeli.
Saya beli sikit2 okeih, baru xterasa sangat. Apa yang xbest tuh, kat Labuan ni xde pilihan, saya gunakan internet dan online shopping jer...
Beli dan terus poskan ke rumah mak di Penang untuk kegunaan dalam pantang nanti.




Antara gadjet yang telah saya listkan untuk dibeli adalah:


~ pam susu
~ storage bottle
~ nursing bra
~ botol susu (untuk kegunaan masa hantar baby di nurseri) [done]
~ plastik storage  [done]
~ breast pad  [done]
~ sterilizer  [done]
~ warmer  [done]  [hmmm, yg ni jer saya teringat takat sekarang, nanti saya tambah lagi kalau ada yang tertinggal k]


Sampai saat ni, ( minggu ke-34 preggy), ada yang saya dah beli, ada yang belum lagi...
Botol susu saya dah beli, cap Mimijumi (citer kat sini)

Plastik storage, warmer, sterilzer dan breast pad saya dah beli online kat OBW. Kebetulan pembelian lebih dari 200, akan dapat PWP, tu yang saya beli plastik storage dengan harga yang murah. 





Autumnz - Electric Steam Steriliser + Home Warmer Combo




Autumnz- Washable Breastpads *6 pcs* - Natural Nude





DOUBLE ZipLock B/milk Bag *7/12*oz (25 bags)TRIPLE*

Breast pump pulak, saya dah order, dan dijangka sampai awal Disember nih. Sampai tengah bulan pon xper, sebab saya akan balik rumah tengan Disember nanti.
Nanti dah sampai, saya buat entry khas pasal pam pulak.

Nursing bra saya akan beli nanti. dah dekat2 nak deliver, sebab saya rasa macam xsesuai untuk saya beli sekarang. 


Storage bottle lak, saya akan beli masa balik Penang nanti. Mostly yang saya google dan usha2 kat online shop yang jual macam mahal jer. Satu botol jatuh dalam RM 3.++. Ni yang paling murah lah untuk jenama Bumble bee, jenama lain macam mahal jer...review yang saya baca tentang bumble bee pon ok jer.


Masa saya godek2 group KIM, saya dapat info dari seorang ibu pasal satu kedai di Bukit Mertajam, xjauh pon dari rumah. Untuk sedapkan hati, saya siap call kedai tuh, tanya harga brapa bleh dapat. Mmm, btol lah, memang murah dari yang lain. So, storage bottle saya beli masa balik nanti la.



November 22, 2012

Minggu 32

Edisi cakap-cakap dengan baby:

Alhamdulillah, hari Jumaat yang lepas, kandungan ibu dah 32 minggu. Syukur, rasanya mcm baru semalam  je ibu dapat tahu yang ibu dah pregnant. Macam baru je ternampak 2 line kat UPT kit, sebab sebelu nih, asik 1 line je tiap kali test. Tak terasa masa yang berlalu. Sekejap jer, dulu rasa kempis je  padahal buncit lemak perut ibu nih, sekarang dah besar. Muncit jer. Dah terasa anak ibu nih menendang dalam perut ibu. Sangat x tak diam..he he.  


Ooohh, camni lah baby dalam perut ibu tuh. Jangan nakal-nakal ekk. Sekarang ni pon baby asik keras je dalam perut ibu. 



Masa check up kat klinik desa hari isnin baru ni, nurse cakap kepala baby dah turun ke bawah, maksudnya dah berada di tempatnya. Hmm, ibu sekarang ni dalam mood berdebar-debar dan rasa takut nak menghadapi saat baby nak keluar nanti. In shaa Allah, ibu berdoa agar semua dipermudahkan dan selamat.

Sekarang nih, tiap-tiap malam papa mesti urut kaki ibu, sebab kaki ibu memang sakit, lenguh jer, pinggang pon lenguh juga. Tapi kaki ibu belum la bengkak sangat, cuma kulit mengelupas sebab gatal-gatal jer. Dah jumpa doc, dan nurse klinik desa pon cakap, tak perlu risau sebab lepas bersalin, kaki ibu akan ok balik. Harap2 macam tu ler.

Baby dalam perut ibu, duduk baik-baik yer. Nanti 13 hb 12 kita balik umah opah penang yer. Tak sabar ibu nak jumpa dengan anak ibu nih....


Papa dan ibu syang baby tau..muahhh.


November 06, 2012

set Bersalin~ Tanamera pilihanku

Hari ni saya nak bercerita tentang set bersalin. Sekarang usia kandungan dah masuk 31 minggu hari Jumaat ni. Lama juga saya mengoogle, bertanya kawan-kawan dan membaca di majalah. Antara set bersalin yang saya usha-usha adalah Nona Roguy. Macam ramai jer yang guna set nih. Saya bercadang untuk full breast feed baby nanti. InsyaAllah...so kena pikir set yang xada jamu sangat. Mak pon pesan, kalau pakai yang jamu xleh makan kalau baby ada kuning. 


Akhirnya saya terbaca tentang tanamera. Memang harga dia agak wallah skit...tapi saya pejam mata jer. Dengan harapan set ini akan serasi dengan saya. Bila tengok feedback dan testimoni ramai mommies yang best jer, saya pon bincang dengan husband. Dia sokong ja... Lagi satu sebab saya pilih set ni, dia dah include dengan bengkung. Memandangkan saya akan deliver anak sulung, belum ada bengkung lagi, so kira berbaloi la saya pilih set ni. Kalau saya beli set lain pon, kena beli juga bengkung, dan bila tambah harga bengkung, harga akan jadi lebih kurang juga. 


Bengkung yang disertakan adalah bengkung zig zag stail dan labuh sampai ke peha. Mak saya cakap dia nak jahitkan satu lagi barut untuk saya, yang stail biasa macam baby punya, boleh gilir-gilir pakai . Kalau xpon, yang mak jahit saya pakai siang hari, senang nak g toilet ke hape, yang dalam set ni pakai waktu malam. 

Semoga saya akan tabah dan istiqamah untuk habiskan semua item dalam set nih nanti. Set ni terdiri daripada  11 items, tapi saya ambil pakej yang ada dua VCO sebab nak guna dari awal lagi. Antara item yang terdapat dalam set ini adalah:


feminine herbal wash



herbal bath


herbal tea


lavendar floral water ( yg ni saya x ambik)


herbal massage oil


cold press virgin coconut oil ( yang ni saya amik dua botol)


brown formulation body soap


borehscrub


calming herbal blend paste


firming herbal blend paste



dan last sekali, postpartum abdominal wrap (bengkung)



semua gambar adalah credit kepada website tanamera : 


Rasa xsabar nak guna dan habiskan semua item dalam set nih. Doakan saya dan baby selamat yer, due date yang xlama lagi bakal menjengah, insyaAllah pada 10 Januari 2013 nanti.

November 05, 2012

Seminar penyusuan susu ibu & menang hadiah kuiz

Salam semua, hari tu saya dan en husband berpeluang pergi seminar penyusuan susu ibu peringkat WP Labuan. Petang sebelum hari kursus tu, nurse kat KD Layangan call saya dan bagitau pasal kursus ni. Masa tu xdecide lagi nak pergi ke tak, sebab rancang nak rest jer kat rumah weekend tuh. Bila balik umah bagitahu en. hubby, dia cakap nak temankan. Sebab nurse cakap kursus ni boleh bawa suami. So pergilah saya, xpe la, lain kali leh rehat lagi. 




Kursus ni start jam 8 pagi sampai tengah hari. Masa pendaftaran, agak awal kami sampai, xramai sangat yang dah daftar. Terus duduk di barisan yang agak hadapan, konon semangat nak timba ilmu. he he... Masa daftar tu, nurse ada bagi soalan kuiz bertulis objektif yang perlu dijawab. Nurse tu cakap bila dah siap hantar, nanti dapat hadiah...Daku apa lagi, semangat yang sangat berkobar-kobar terus menjawab, sambil berbincang jawapan dengan en. husband. Fuhh, sepantas kilat, siap menjawab terus daku hantar kat nurse di kaunter tuh. Sape yang dah hantar, dapat satu bekas tupperware kecik comei. 

Masa ceramah, ada 3 sesi rasanya, hmm dah lupa sebab dah lama. Sesi pertama, perasmian oleh pengarah Hospital WP Labuan. Sesi kedua rasanya kepentingan susu ibu,  kelebihan susu ibu dan sebagainya. Dan sesi ketiga adalah cara pemerahan, teknik penyusuan dan penyimpanan. Banyak le ilmu baru yang kami belajar hari tu. Ohh...lupa pulak. Bagi setiap sesi, selepas selesai pembentangan oleh penceramah, ada 3 soalan kuiz. Saya pon semangat nak menjawab, sebab nak menang hadiah. Buruk perangai btol....he he. tak mengharap pon akan menang hadiah kuiz bertulis yang saya hantar tadi. 

So bila ada soalan yang saya rasa boleh jawab, saya pon semangat mengangkat tangan untuk menjawab. En husband bagi semangat suruh saya jawab, dia xnak pulak jawab. Akhirnya jawapan saya betul, so dapatlah satu goodies bag yang kaler oren tuh. Kat dalam dia ada towel, boleh la guna untuk baby nanti. he he...

Tup tup nak dijadikan cerita, sebelum habis sesi seminar, tibalah masa penyampaian hadiah kuiz tadi. Saya siap berborak-borak dengan husband, memang xmengaharap pon akan menang. Tapi dalam pada tu, cakap kat husband, kalau menang first price best juga, dapat cerek elektrik. padahal kat umah dah ada cerek. Ada lagi tiga lagi cerek yang belum terpakai. Standby jer kalau rosak ker hape nanti. Saya suka yang besar, sebab sekali masak dapat banyak air terus. Kalau yang 3 lagi kt rumah tu, yang kecik punya, kena masak banyak kali baru dapat banyak air..he he.


Sambil tengah sembang2 tuh, saya dengar nama saya dipanggil untuk pemenang pertama. Fuhhh...biar betul. Tak bangun lagi, cakap kat husband, betul ker ni. Bila dah dua kali dipanggil...wohaaaaa, saya menang 1st prize tuh. Baby, ibu menang cerek besar berkilat lagi tuh..he he. Glamer I u, dah ler peserta ramai, xsangka lak leh menang. Syukur, alhamdulillah.
 Meh kita layan, sekeping jer gambar saya tepek kat sini yer.






October 31, 2012

basuh baju baby

salam semua, dah lama xupdate kat sini. 

Sedikit bizi sebab mengejar silibus dan segala tuntutan kerja. Student final exam 2 minggu ni. Macam biasa le, sebelum final exam, semua mesti beres. Hmmm...dah lama niat nak basuh pakaian baby, tapi asyik bertangguh ja. Hari tu tertangguh sebab lama juga tunggu penyidai yang sweet tu. Saya beli kat cosway, kena IOU dulu, tp xlama la sangat. Tapi bila dah dapat, penyakit M pulak yang datang..he he, apalah ibu ni, xbaik tau.

Yang saya basuh ni skit jer, sebab yang ni adalah sebahagian je baju yang saya bawa ke Labuan. Yang lain2 saya tinggal di Penang, sebab nanti minggu ke 36 saya akan fly balik umah mak. Yang ni kiranya spare in case apa2 berlaku. Harapnya dipermudahkan, semoga semua berjalan seperti yang dirancang, ibu sempat balik umah umah opah penang kan baby? 

Best jer bila dah siap basuh semua baju2 ni, wangi bau baby jer masa nak sidai. Hubby cakap mcm xcaya jer, dalam rumah kita ada gantung2 baju baby macam ni. Hmmm, xsabar rasanya nak tunggu baby ibu kuar nanti. Semoga semua dipermudahkan ya Allah.

He...he, layan je gambar baju baby yang cinonet jer saya bawa ni. Dengan penyangkut baju baby pink lagi tu. 




October 01, 2012

my wishlist...Medela Freestyle



Saya berdoa agar hajat saya akan tercapai untuk full BF my little A kelak. Sekarang tengah survey harga and the best website untuk beli Medela FS ni, memndangkan saya berniat untuk mengepam di opis, jadi saya bercadang untuk menggunakan pam yang praktikal dan menjimatkan masa. Tak de la saya asik hilang jer untuk mengepam terlalu lama, nanti students datang nak jumpa pon susah. Macam dah jumpa site yang best untuk saya beli pam ni, tapi macam terlalu awal lak saya nak beli sebab waranty untuk spare part just 90 hari. kalau saya beli sekarang, belum sempat due date lg dah abis waranty tu. Tak pe, saya nak deal dulu dengan seller tuh, harap dapat beli nanti, janji awal2 dulu dengan dia. 

InsyaAllah, harap agar semua dipermudahkan oleh-Nya.

botol susu little A

salam, setelah sekian lama tak mengupdate blog ni, tetiba rasa macam nak update lak. Tak update bukan sebab apa, memang bizi sangat dengan kerja yang xpernah abis dan sekarang ni penat sikit. Kali ni saya nak cerita pasal botol susu for my little A. Sebenarnya my little A stil blom keluar lagi, sekarang ni tengah buat preparation sikit-sikit untuk menyambut orang baru. Masa cuti raya yang cinonet seminggu hari tu, saya dan my hubby terkejar-kejar membeli serba sedikit pakaian untuk my little A.


Sebenarnya saya dan hubby berhasrat nak full breast my little A nanti. InsyaAllah, harap2 xde halangan dan dipermudahkan oleh-Nya. insyaAllah... hari tu kitaorang berdua siap pergi seminar penyusuan susu ibu lagi. insyaAllah, nanti kalau ada kelapangan, saya akan buat entry pasal ni yer.

Setelah berblog walking, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunakan botol Mimijumi. berdasarkan review yang saya baca, mostly ramai yang berpuas hati dengan botol ni. based on pengalaman my sis pon, anak dia ok dan boleh terima EBM bila guna botol ni. So saya harap my little A nanti akan suka dengan botol ni. Saya baru beli satu jer, nanti masa pantang try dulu, kalu ok, nanti niat nak beli lagi satu rasanya. KAlau ada sesiapa yang berhasrat nak beli @ nak tau pasal mimijumi ni, boleh pegi tengok kat sini.




January 01, 2012

Yong Tau Foo

Salam... hmmm, disebabkan rindu sangat nak makan yong tau foo Pasar Malam Tg Malim, saya pon google lah resepi yong tau foo nih. Apa nak buat, duduk di Labuan, banyak yang dirindu di Semenanjung sana. Nak buat xsusah mana pon kalau ikut resepi nih. Resepi ni sy dapat dari minami133@myresipi....


sy copy n paste resepinya kat sini: klik sini utk pergi ke page asal resepi ya



Bahan-bahan:

     10 tangkai cili kering
     gula melaka atau kurozato
     bijan goreng
     gula(kalau kurang manis)
     1 s.k garam
     3 cm belacan
     300 ml air
    1 sudu besar minyak
    1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
    sedikit ajinomoto


Cara-cara:

1) Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
2) panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
3) setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
4) masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
5) masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama bahan-bahan yang kita nak.