November 04, 2014

mama n food poisoning

tak tau nk mula cerita dari mana
xpasal2 aku kena food poisoning
selalunya perut mama ok dari papa
tapi kali ni terbalik lak
padahal anak beranak makan sama ja

petang ahad, kami anak beranak mandi laut
saja ja nak pebagaikan aktiviti nisa'
balik umah terus ja pening kepala
malam siap muntah2
xcukup dengan muntah
siap ceri-beri
malam memang kerja ulang alik g toilet
menjelang pagi
muntah tepi katil jer
lembik satu badan
huhu...
terpaksa mc esoknya
sebab xboleh bangun

get well soon to me..
masih lagi pening2 kepala ni
semoga esok boleh keja
insyaAllah

October 28, 2014

Aktiviti sebelum tidur






Salam siaran semula...

Untuk entry hari ni, tak ada cerita sangat sebenarnya...
Kita layan gambar Nisa' yang tengah menconteng nih
Dulu mama dah beli sekotak kaler krayon, tapi baru guna dua tiga batang yang lain2 udah hilang kemana mana
Bagi ja pensel, ada kertas yang nak diconteng
Ligatlah dia 'menulis' di situ
Suruh dia duduk di kerusi dan mulut pon sama bising dengan aktiviti menconteng nih







Rajin anak mama nih....apa yang ditulisnya tu?








Kusyuknya.....amboi kemain lagi dia






Lukis apa tu Nisa' ?







Ok, dah habis lukis dan tulis...papa, Nisa' nak susu boleh?
Nisa' dah ngantok, nak tido

Bye bye semua....



October 27, 2014

cerita tentang rumah : part 2






Salam semua....

Hari ni saya nak sambung lagi cerita tentang rumah part yang kedua pulak. Hari tu saya ada bagitahu tentang lawyer kan
Oleh kerana entry ni bukan entry yang fresh, tertunggak hampir 2 tahun...huhu. Saya dah lupa jumlah bayaran yang sebenar

1st lawyer yang dicadangkan oleh bank adalah satu company dah well establish di Semenanjung. 
Yang kat labuan nih cawangan yang ke berapa ntah. Setelah officer bank bagi detail lawyer, saya dan hubby pon pergilah ke pejabat lawyer yang tersebut. Pejabatnya di aras atas pasaraya milimewah. 

Bila masuk je kat pejabat tuh, saya dan hubby tengok opis tu hanya ada dua meja, rak besi dan kipas angin yang berkaki tuh. Hmm.. rasa macam pelik jer tengok.
Lepas kami bagitahu tujuan kedatangan kami, kami pon minta ler sebut harga untuk lawyer fee. Based on letter yang bank dah keluarkan, pekerja syarikat lawyer ni pon buat calculation. Tup tup…total yang dia bagi adalah hampir mencecah 2 kali ganda yang  sepatutnya.
Telan ailior lah saya. Nasib dah tanya dengan officer bank, range harga untuk lawyer fee. 

Terus kami pergi ke pejabat lawyer yang kedua. Kali ni pejabatnya di bahagian atas Bank Islam. Setelah calculation di buat, Alhamdulillah harga yang ditawarkan jauh lebih murah hampir sekali ganda. Dengan penerangan dan calculation yang munasabah, kami pon bersetuju untuk menggunakan khidmat lawyer yang ke dua nih.

Banyak  urusan yang perlu diselesaikan untuk proses pembelian rumah. Antara yang saya ingat selain urusan lawyer, adalah penilaian rumah. Untuk urusan nih x ada pilihan, kami menggunakan panel yang bank telah tentukan. Pihak valuer akan datang ke rumah untuk membuat penilaian dan mengambil gambar. 


Dipendekkan cerita, setelah sales and purchase (SNP) agreement dah sign up, kami pon menunggulah untuk pihak lawyer setelkan segala urusan yang berkaitan.

Kehidupan kami diteruskan macam biasa. Maklumlah semakin bizi katanya. Dan saya semakin bizi sebab kena ulang alik check up klinik. Pregnant anak sulung kan, memang penat tambah ada sedikit masalah.


Ok... Sampai sini saja 2nd part
Next saya sambung lagi untuk part last yer.







October 22, 2014

cerita tentang rumah : part 1





salam...

setelah sekian lama tak buat apa-apa entry
hari ni tergerak hati nak share tentang rumah
walau benda ni dah lama berlalu
rasa macam x aci pulak
saya asyik membaca mencilok idea dari blog kawan-kawan
tapi blog saya biar bersarang bersawang bagai

sebenarnya saya dan hubby xberniat pon nak beli rumah kat Labuan nih
semuanya terjadi macam tiba-tiba
teringat dulu masa lapor diri pada tarikh 15 Jan 2007
saya tinggal di kuarters dengan dua kawan bujang
dan saya xingat bila saya berpindah menyewa di bawah rumah orang berdua dengan sorang lagi kawan
kami tak lagi bertiga sebab kawan saya yang sorang tu dah kahwin

sebab apa kami pindah keluar..
sebab nak merasa dapat EPW, elaun perumahan wilayah...
kalau x, xada makna kerja seberang Laut China Selatan tapi gaji sama macam Semenanjung kan..

setahun menyewa berdua dengan kawan
kawan saya kahwin, saya menyewa sensorang
tapi xlama saya menyewa sorang, dalam setahun saja
selepas saya nikah, terus pindah masuk rumah sewa hubby
lebih selesa sebab rumah teres dua bilik
banding dengan rumah sewa asal di bawah rumah orang

masa mula masuk rumah hubby
rumah ni xada porch yang sempurna
bumbung zink yang dah uzur, tiang kayu yang dah nak patah, dengan semak pokok bunga kantan dan pandan sampai xnampak macam rumah berorang
haha..kenangan

pelan2 suami pujuk tuan rumah..dapat porch yang selesa, full berbumbung dan bersimen lantainya
kalau hujan, xada lagi becak depan rumah


xcantik pon rumah...hehe
masa ni dah buat bumbung baru..tapi blom bersimen lagi

ha..ni proses menyimen lantai porch


keadaan lantai porch sebelum disimen sepenuhnya



dalam setahun lepas tu, tuan rumah decide nak jual rumah yang kami sewa
dengan 2,3 kali ada buyers yang datang nak tengok rumah
memang xbest kot. kita stil menyewa, ada orang datang masuk rumah tengok2 kan

mula kami bedua susah hati
kalau nak tahu, kat Labuan nih rumah sewa memang macam goreng pisang
terlajak laris,
kalau ada kawan opis isi borang pindah
dah ada orang nak chop masuk rumah
dan sewa rumah di Labuan, memanglah mahal
wilayah kekdahnya
dan bandar oil and gas katanya
rumah teres kos rendah dua bilik dengan dapur sempit, dalam range harga hampir 1k...

dipendekkan cerita
maka berpusinglah kami satu Labuan mencari rumah sewa
jenuh bertanya semua orang
last2 dapat juga di area Wong Woo Lo, dekat rumah kawan opis hubby
siap dah bayar duit deposit

alih2 tuan rumah datang pada satu petang
memujuk hubby supaya beli rumah tu
siap bagi diskaun lagi dari harga yang buyers lain dah sanggup beli
dia kesian kat hubby yang dah lama menyewa rumah rumah tu


setelah berpikir kami laki binik, setelah pikir itu ini
kami pon mula panjat tangga bank
carik mana bank yang  murah interest loan rumah
at last kami pilih bank mualamalat
dan harga bayaran bulanan yang ditawarkan adalah below 600 hengget
lagi murah dari jumlah sewa bulanan kalau cari umah sewa baru yang cecah hampir 1k
plus ada kawan hubby yang nak transfer dari Semenanjung ke Labuan minta tolong cari rumah
dengan anak kecik bagai nak pindah
so kami let go rumah yang dah bayar depo kat kawan hubby


dipendekkan cerita bermulalah segala proses, cari lawyer
nasib bank yang tolong suggest
yang 1st, kami pergi
ya Allah...harga memang rabak
bila search pak cik google..macam xmasuk akal ja
hmmm, jumpa plak lawyer yang kedua, alhamdulillah HARGA ok.
harga ja ok, servis agak ke laut pulak...harap maklom..
nanti aku crita kenapa ke laut servisnya tu

untuk pengetahuan, harga lawyer fee adalah based on harga rumah
ada calculation percent dari harga rumah

>>>> ok, 1st entry pasal rumah Labuan sampai sini dl
>>>> nanti saya sambung lagi ok..





February 14, 2014

"IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"

Salam...setelah sekian lama menyepi, akhirnya aku kembali dengan entry GA ni. Dengan harapan agar menang hadiah...huuuu

Pssstt: malas nk buat celoteh, aku copy jer entry tuan tanah. Harap2 lekat ke hadiah yer...


Alhamdulillah... ini tahun ketiga IntaNBerliaN Mega Giveaway @ Giveaway tahunan di blog saya diadakan.. Giveaway yang diadakan setiap bulan Februari sempena bulan kewujudan blog IntaNBerliaN & bulan kelahiran saya... Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim secara rasminya saya lancarkan IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014.. Moga IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 berjalan dengan lancar & mendapat sambutan yang menggalakkan... Aamiin.. (",)


Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)

P/s : Terima Kasih sebab sudi join IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 (",)