November 24, 2013

First day keje...pftffffttt

Lost, walau kat opis sendirik
nampak sangat nak cuti lagi


ok, study jom, jap g nak kuliah, malas ko pegi jauh2...syoh syohhh

rajin, come come..miahahaaaa

November 04, 2013

Happy 3rd annivesary

Salam...
Entry tertunggak...erkk..memang selalu tertunggak pon
Miahahaaa..

31 October, 5 hari lepas genap 3 tahun perkahwinan kami
Ermm, macam baru je rasanya
Tapi dah 3 tahun
Tahun lepas second annivesary berdua ibu dan papa
Tahun ni third annivesary bertiga papa, ibu n nisa'
Syukur ya Allah atas kurnian segala nikmat dan rezeki dariMu
Semoga kasih sayang, kesetiaan, kebahgiaan
Akan selalu bersama kami ya Allah
Semoga jodoh berpanjangan
Hingga ke syurgaMu ya Allah

Tq papa for the present and lovely roses
Luv u so much
Ibu and nisa' sayang papa banyakkkkk tau


October 15, 2013

Nisa' & Iman

Salam semua..hari ni ibu nisa' nak tunjuk gambar nsa' ngan sepupu nisa'
Gambar ni snap masa sebelum nisa balik ke labuan
Bila ibu habis pantang, sebelum balik labuan, kami balik rumah opah tepen dulu
Dapat ler jumpa dengan kakak iman ni
Masa ni kakak iman dah 6 bulan
Nisa je kecik lagi, badan pon lembut lagi haa

Cer tengok, cerah jer kakak iman tu

Kat bawah ni gambar papa nisa n abah kakak iman, abg wan

Nih ibu dukung kakak iman
N kak ngah aka ibu kakak iman dukung nisa



Ni gamba masa 1 st time nisa n kakak iman dia jumpa
Nanti ibu update lak entry pasal 2nd time nisa n kakak iman jumpa ya...
Daaa, jumpa lagi

October 07, 2013

Dukin donut di malam hari

Isnin malam Nisa' dan ibu ke airport
Jemput papa baru balik outstation
Sepanjang perjalanan ke airport 
Xlama pon, dalam 20 minit pon xsampai
Nisa' menangis je kat dalam carrier dia
Start dari rumah nangisnya..
Punca...sebab dia terjaga dari tidur ibu xde di tepi
Ibu kat dapur tengah basuh botol susu
Nangis xhengat kate ko
Sampai di airport, 
Lepak je dalam kete sambil menyusu
Diam sekejap
Tunggu papa habis solat jamak
Haruslah kena jamak dulu sebab depart dari KLIA pukul 6.50 pm, 
Belom Maghrib lg time tu
Dah sampai Labuan, jam 9.20 pm, Isyak dah lama masuk

Bila papa masuk dalam kereta, 
Diam pulak ko anak,
Siap gelak ketawa lagi
Ok...
Rindu papa ekkk
Tetttttt....

Err, papa dah ler tu outstation
Bagi ibu lak outstation k
Dah dua kali ibu terlepas outstation nih
Hu hu

Papa belikan ibu dunkin donut
Yayy, happy sebab kat Labuan xde dunkin donut
Err, korang suka dunkin donut ker, big apple
Ada sapa2 yang sekapal dengan aku ker
Aku suka big apple lagi, lagi lembut rasanya




Best ooo makan donut time hujan hujan sejuk gini
Dah ler sepanjang hari Labuan hujan hari ni

>>>>> next time beli lagi yer papa..toche toche


Wiken with ibu


Hari Khamis 3 Oct papa outstation lagi
Kali ni ke Shah Alam pulak
Ok Nisa', as usual kita berdua kena tinggal, papa work ok
Tiap kali papa nk outstation,
Siap pesan bagai kat Nisa'
Nisa' dok umah dangan ibu baik2 tau
Jangan nangis2
Happy, makan minum, exercise merangkak tau

Tapi apa jadi kali ni
Hmmm, Nisa' memang berlatih sungguh la papa
Tapi bukan berlatih merangkak
Berlatih vokal ada la
Dan satu lagi berlatih panjat grill
Dak kecik ni merangkak pon blom
Tau menyulur ja
Panjat badan ibu
Berdiri kat sofa pon blom terror
Ada hati nak panjat gril
Ibu kat luar masa tu
Tengah sidai baju
Gril tu ibu tutup tak bagi dia menyulur keluar
Tapi dia dapat akal baru
Memanjat gril
Hmm, nasib handpone kat dalam umah, 
Kalau x, ibu dah snap gamba kat kecik ni memanjat
Phewwww...


Lagi satu feel Nisa' kali ni
Yang ni ibu perasan feel yang semakin develop masa papa outstation
Tiap kali papa out
Level Nisa' makin tinggi
Level aperr?
Level nak ibu main, dekat, layan, ngulit dia ja
Ibu xleh bangun g mana2
Hatta ibu bangun nak on suis kipas
Ibu xgi mana pon
Ada kat depan mata juga
Tapi kali ni memang daboom
Bila ibu bangun ja
Terus nisa' nangis mcm kena babab tuh
Haishhh
Susah tul ibu nak mandi, nak masak bubur dia
Nak buat keje


Cerr korang tengok kalau ibu layan dia jer
Duduk panggil2 nama dia
Agah2 dia
Main dengan dia
Muka banyak berseri ooo
Main ngan penapis ibu pon ok
Ayoyoyo
Ape2 je lah






p/s~~~~papa cepatler balik, nanti Nisa' tunggu papa di epot tau.

September 25, 2013

little princess

sempat lagi ko..
lagi 20 minit nak masuk kelas kui 3 ptg..
rasa lemau dah nk sambung wat keja
update blog sat aci kot..

xtau nak update apa
belek2 folder gamba yang ada
tengok gambar nisa yang lama2 nih

syahdunya tgk ko tido nak
cepatnya anak ibu dah besar
tiap kali pikir macam ni
macam baru terasa semalam kejadian dalam labour room kat GH Penang
ngeri beb..
err, dah 8 bln setengah kot..

kenangkan segala perkembangan dia
ibu dan papa rasa bahagia
klu nisa senyum, lagi ibu rasa bahagia
papa pon sama

ehhh, opah n tok wan pon sama
opah tepen wan tepen pon sama
semua mak cik2 nisa, pak cik segala
oyang..

pendek kata semualahh
harap boleh balik cuti bulan 11 nih
tapi xnak letak harapan tinggi sangat
takut last minit papa kena g kursus
xberani lagi kot ibu balik naik flight sensorang
nak bawa beg segala
dukung nisa' lagi
yang dah start melasak aktif


ehh, bnyk lak merepek ibu ni
dah dah ler
nak g kelas dulu
kang lambat lama budak tunggu
daaa.........




September 13, 2013

she turns 8...how time flies

hari ni dah 13 Ogos, dua hari lepas, my Nisa' dah berumur 8 bulan
hmm, terasa cepat masa berlalu
ibu dengan papa rasa macam Nisa' baru je keluar dari perut ibu
teringat lagi macam mana ibu dan papa berhati-hati nak pegang Nisa'
sebab badan Nisa' masih lembut lagi
sekarang anak ibu dah kuat
badan dah hantap, bak kata papa
senyum bisa buat ibu dan papa cair
tapi time dia mengamok, boleh tahan juga la

ohh, apa yang Nisa' dah pandai sejak dia 8 bulan nih
dia dah pandai panjat2 badan ibu dan papa
panjat2 sampai berdiri
merangkak belom boleh lagi
tapi dah laju menyulur
 yang uniknya, stail Nisa' menyulur lain macam skit
sebab dia hanya guna kaki kanan sahaja
kaki kiri dia angkat tinggi keatas
papa kata Nisa' menyulur kena ada antena
baru dapat coverage...woishhhh, apa pulak macam tu
itu stail la papa..he he

gigi? ohh, Nisa' belum tumbuh gigi lagi la,
orang tua2 cakap kalau tumbuh gigi, anak tu pandai
erkkk, betul ka?
ada kaitan ka?


papa n ibu sayang Nisa' banyak2 tau
sayang sangat2

ni gambar Nisa' petang 11 ogos..cukup 8 bulan usianya


p/s~ kalau kat opis tu nak cepat ja jarum tu jalan, nak cepat g ambik dia di taska. xsabar nak main2 dengan anak ibu

June 21, 2013

X jadik...

Salam... Haku nak update, nak bagitau xjadik pegi KL
Xjadik nak jenjalan, cuci mata kat jalan TAR, jln Masjid India...
Sebab apa xjadik, sebab kedaan cuaca sekarang..JEREBU..

Sian lak kat anak, habuk jerebu sgt halus dan merbahaya,
Ingat nak redah jer pegi jugak, konon dah siap verangan kan, tapi xjadik
Tengok Labuan jer dah la, indek bacaan IPU baru catat bacaan 70 lebih, tapi dah nmpk sgt kabut jerebu tu

Tambah buruk, sekarang ni kemarau, panas sangat, tu yang makin xtahan tu.
Dan yg lagi "best", sekarang ni xada air.
Bekalan air Labuan ni ambik dari Beufort, ada pam loji yang rosak
So, start pagi  semalam masa nak mandi air dah mula slow, tengahari stil ada, tapi makin slow...
Malam terus xada, nasib sempat simpan air....
Ni pon, saat aku menaip entry nih, jam 12.22 mlm, br je siap tadah air...
Dapat top up simpanan air utk kegunaan esok hari

Harap2 cepat la masalah ni selesai, kalau ikut notis sampai khamis mggu dpn
Kira dalam seminggu...huarghhh, mampukah kami bertahan, catuan air sebab mandi 2,3 cebok jer
Plus panas jerebu, kalau dapat mandi bersiram lama2 baru besh kan..

June 16, 2013

outstation lagik...

salam...start hari isnin, minggu baru, semangat baru, dan semoga minggu ni cepat berlalu, cepat weekend...hehe

kalau jadi, minggu ni nak pegi merendek jenjalan kat KL, cadangnyer petang Jumaat lepas keje, amik flight kul 5.20pm. sampai malam, check in hotel kat Jalan TAR @ Jalan Masjid India, pagi Sabtu jalan2, shopping apa2 yang best dan xde kat Labuan nih

nak pegi pasar malam, nak makan makanan pasar malam yang xde kat Labuan nih, nak makan rangka ayam (zaman belajar dulu aku ngan gang rumah panggil dinasour, beli kat pasar malam Tg Malim), murtabak dan lain-lain lagi

hajat hati, nak sambar kain pasang dua tiga helai, baju untuk nisa', kasut kerja hubby dan entah lagi... matlamat utama hanya untuk keluar dari labuan...dan juga lepas tension. tension weh, kena tinggal kat umah sorang2, hubby asik outstation aje.

hujung April ~ Melaka seminggu

Mei ~ Terengganu 3 minggu

awal Jun~ Klang seminggu

semalam, masa fetch hubby kat airport, dia bagitau, kena pegi lagi 3 kali untuk tahun nih...owh noooo.


hujung Jun~ Kota Kinabalu seminggu

lepas raya~ Langkawi seminggu

hujung tahun~ Sarawak seminggu


xapalah, asalkan hubby xkena tukar tempat kerja, since dia nak kena ajar course baru, kena la gi kursus kan, tapi sian ibu ngan nisa' kan, asik kena tinggal jer...hu hu

June 12, 2013

Misi besauuu...he he he

salam, setelah sekian lama tak update blog, hanya blogwalking jer....

tak lama lagi, saat aku taip entry nih, lagi, lagi sebulan akan berpuasa bulan ramadhan
so, tahun lepas, bila dapat tau aku pregnant, ingat tahun ni aku dapat puasa full
tapi, xde maknanya...

first sekali sbb aku kena minum air gula masa bulan puasa, so xpuasa lah
lps tu sekali aku kna admit wad sebab loya, dan xlarat sangat
masa bangun sahur, aku hampir jatuh, rasa lemah sangat badan
lepas sembahnyang subuh, terus hubby bawa pergi hospital
bila dicheck, kena admit wad. ntah berapa hari, aku dah lupa.
rasanya 4 botol kot kena masuk air.
bila discharge pon stil lemah, doc sarankan xpayah puasa lagi sebab risaukan keadaan aku dan baby

setelah 7 hari xpuasa, badan pon dah sihat sikit, aku pon decide untuk puasa balik, kalau xpuasa nanti kena ganti puasa 30 hari pulak, alhamdulillah, boleh puasa..

start isnin minggu lepas, direct keje seminggu aku gigih puasa, dan minggu ni sambung lg 3 hari puasa...
hmmm, sebab kurang minum air, plus sangat letih sebab mula start keje balik setelah cuti sem, hasil perahan drop..selalunya dekat opis boleh dapat dalam 10-13 oz lebih kurang, kalau dua kali pam dapat lebih lagi
tapi sekarang dapat 6, 7 @ 8 oz sahaja. apa2pon syukur juga, masih ada rezeki utk nisa'.

yang pasti start esok, aku kena start mengusung balik bekas air ke opis, minum banyak air, nak top up balik production. MESTI....

sementara tunggu nak balik jap lagi, lagi 15 minit, blogwalking blog mommy2 yg BF. amik mood wehh, tgk stok depa, amik semangat, start malam ni nak all out balik.

stok yg kat dalam deep freezer kena tambah balik setelah seminggu lebih dapat IN sikit sahaja, berbanding OUT.

chaiyok2...saya boleh, ibu Nisa' boleh, isteri papa boleh...

tadi saya blogwalking kat sini, blog yati best...terus semangat...


nota hari ni : mlm ni nak rendam air habbatus sauda, nak try, semoga menjadi

April 08, 2013

2 jer...

Semalam last kelas ibu pukul 2 sampai 3 petang. Lepas kelas, ibu naik opis jap, kemas2 beg, off desktop.
Lepas tu ibu tgk schedule untuk hari Selasa juga. 
Owhhh, kelas first jam 8 pagi, haruslah bawa segala buku dan pencil case yang besar dan gedabak macam tuan dier masuk dalam kereta.
Esok pagi2 tak payah naik opis dah. Lepas thumb in, terus ibu hantar Nisa’ ke taska dan terus ke kelas.

Lepas tu, turun level 1, semayang asar jap, lepas jam 4.15 petang thumb out, zassss pegi ambik anak ibu di taska. Anak ibu tidur rupanya. Langsung xsenyum dekat ibu hari ni. Biasa kalau ambik dia, dia akan buka mata, senyum dulu, dan tido balik dalam car seat.

Masa pengasuh kat taska pass Nisa’ dekat ibu, ibu tanya susu habis x?
“ ada lagi sebotol blom habis”
Ok, so Nisa’ minum 3 botol ja hari ni.

Sampai rumah, ibu pindahkan segala beg, beg susu, beg taska Nisa’, handbeg, botol air gedabak masuk dalam rumah. Pindahkan Nisa’ kat tempat tidur dia, pon tak terjaga lagik. Ok, xper, ibu baring jap tepi dia, sayang2 pipi dia, usap2 dia skit….
Sayang anak ibu banyak2. Xlama lepas tuh, papa sampai rumah. Macam biasa papa akan main dengan Nisa’ bila dah tuka baju opis dia. Tapi Nisa’ xbangun pon bila dikejut. Sekadar buka mata kejap, lepas tu ngeliat dan terus tidur balik…

Owhhh, xpe. Ibu tolong papa masak untuk dinner la jap. Sebelom pegi dapur, ibu bukak beg taska, nak ambik plastic storage bottle dan botol susu.
“eh, apasal berat nih”. Selalu kalau xhabis botol keempat, pengasuh akan letak dalam peti di taska jer.
Rupanya botol susu anak ibu stil ada susu, 4 oz pulak tu.
Maknanya anak ibu hanya minum 2 botol sahaja a.k.a 8 oz sahaja. Tu pon ntah dia minum habis atau x 8 oz tuh.
Hmmm, sian anak ibu.

Siap masak , ibu kejut Nisa’ . Papa mandikan, lepas tuh ibu tuam dan siapkan Nisa’. Lepas tu, memamng lama anak ibu nih menyusu. Sampai jam 7.15 malam. Dah lewat maghrib ibu.

Dan sebab Nisa’ kurang minum di taska, kol 10 malam Nisa’ menyusu banyak juga.
Malam pon Nisa’ bangun banyak kali. Kerap menyusu. So ibu dan papa xrisau dah. Masa tukar pampers pukul 3.20 pagi, memang berat pampersnya. Nampak sangat dia qada balik yang kurang minum di siang harinya.

Siap popo lagi masa dekat2 nak subuh. Lega ibu dan papa, anak ibu dah aktif balik, xde la ngantuk, diam jer. Bangun pagi ceria, sembang sakan dengan papa.







p/s: Pagi ni ibu bawa 3 botol je EBM. Harap Nisa’ habis la minum susu tu ya sayang.











April 06, 2013

Love her...so much


Dah lama xupdate blog
Bukan setakat bersawang ja, dah jadi rumah tinggal dh tahap nih
Kawan2 opis tanya, apa perubahan selepas ada anak....
Hmmm, sekarang apa2 pon kena utamakan anak dulu
Nak gerak bebas mcm dulu dah xde dah


Kalau dulu aku masuk opis kol 7 pagi
Sekarang masuk opis kol 8 pagi
Sebab apa.... Sebab nak uruskan anak
Nak sediakan EBM dia, transfer dari plastik storage ke dalam botol
Simpan dalam cooler bag
Lepas tuh, aku mandi
Bersiap sekadarnya...nasib aku bukan jenis bermake up, calit bedak compact n lipstic jer
Isi bag anak, beg susu, handbeg, botol air kat dalam keta
Lepas tu aku nyusukan anak
Ada la dalam 20 minit, pastu gerak ke opis
Lepas thumb in, aku antar anak ke taska, nasib taska dalam kawasan opis


Kol 4.15 ptg, aku thumb out, kalau xde kelas kol 3-4  ptg, aku solat asar dulu
Pastuh gak g taska
Amik anak, saat paling best, nisa' akan senyum masa aku ambik dia
Balik umah, dalam 5 minit dah sampai
Kalau anak xnak nyusu, aku akan pam susu
Main- main jap ngan anak
Agah2 dia
Tup tap tup tap dah nak maghrib
Kol 6.30 dah maghrib
Mandikan anak, kadang2 laki aku yang mandikan
Kalau dia siap masak awal dan aku stil xhabis perah susu
Mandi sambil basuh baju anak
solat maghrib, makan
Siap beg anak utk ke taska esok
Basuh botol susu n storage
Steril botol
Pindahkan frozen EBM ke bahagian chiller
Urusan tu urusan ni skit
Dah kol 11
Ngantok....Zzzzzz


Hmm, izi gak aku, tapi nyempat lagi ko nak update fb
He he

Ibu sayang nisa' tau
Sayang banyak2
Papa pon sayang nisa'








March 21, 2013

My baby...

Date of birth : 11 Mac 2013
Place of birth: Hospital bersalin Pulau Pinang
Weight : 3 kg
Height: 51 cm
Gender : female