Salam semua, hari tu saya dan en husband berpeluang pergi seminar penyusuan susu ibu peringkat WP Labuan. Petang sebelum hari kursus tu, nurse kat KD Layangan call saya dan bagitau pasal kursus ni. Masa tu xdecide lagi nak pergi ke tak, sebab rancang nak rest jer kat rumah weekend tuh. Bila balik umah bagitahu en. hubby, dia cakap nak temankan. Sebab nurse cakap kursus ni boleh bawa suami. So pergilah saya, xpe la, lain kali leh rehat lagi.
Kursus ni start jam 8 pagi sampai tengah hari. Masa pendaftaran, agak awal kami sampai, xramai sangat yang dah daftar. Terus duduk di barisan yang agak hadapan, konon semangat nak timba ilmu. he he... Masa daftar tu, nurse ada bagi soalan kuiz bertulis objektif yang perlu dijawab. Nurse tu cakap bila dah siap hantar, nanti dapat hadiah...Daku apa lagi, semangat yang sangat berkobar-kobar terus menjawab, sambil berbincang jawapan dengan en. husband. Fuhh, sepantas kilat, siap menjawab terus daku hantar kat nurse di kaunter tuh. Sape yang dah hantar, dapat satu bekas tupperware kecik comei.
Masa ceramah, ada 3 sesi rasanya, hmm dah lupa sebab dah lama. Sesi pertama, perasmian oleh pengarah Hospital WP Labuan. Sesi kedua rasanya kepentingan susu ibu, kelebihan susu ibu dan sebagainya. Dan sesi ketiga adalah cara pemerahan, teknik penyusuan dan penyimpanan. Banyak le ilmu baru yang kami belajar hari tu. Ohh...lupa pulak. Bagi setiap sesi, selepas selesai pembentangan oleh penceramah, ada 3 soalan kuiz. Saya pon semangat nak menjawab, sebab nak menang hadiah. Buruk perangai btol....he he. tak mengharap pon akan menang hadiah kuiz bertulis yang saya hantar tadi.
So bila ada soalan yang saya rasa boleh jawab, saya pon semangat mengangkat tangan untuk menjawab. En husband bagi semangat suruh saya jawab, dia xnak pulak jawab. Akhirnya jawapan saya betul, so dapatlah satu goodies bag yang kaler oren tuh. Kat dalam dia ada towel, boleh la guna untuk baby nanti. he he...
Tup tup nak dijadikan cerita, sebelum habis sesi seminar, tibalah masa penyampaian hadiah kuiz tadi. Saya siap berborak-borak dengan husband, memang xmengaharap pon akan menang. Tapi dalam pada tu, cakap kat husband, kalau menang first price best juga, dapat cerek elektrik. padahal kat umah dah ada cerek. Ada lagi tiga lagi cerek yang belum terpakai. Standby jer kalau rosak ker hape nanti. Saya suka yang besar, sebab sekali masak dapat banyak air terus. Kalau yang 3 lagi kt rumah tu, yang kecik punya, kena masak banyak kali baru dapat banyak air..he he.
Sambil tengah sembang2 tuh, saya dengar nama saya dipanggil untuk pemenang pertama. Fuhhh...biar betul. Tak bangun lagi, cakap kat husband, betul ker ni. Bila dah dua kali dipanggil...wohaaaaa, saya menang 1st prize tuh. Baby, ibu menang cerek besar berkilat lagi tuh..he he. Glamer I u, dah ler peserta ramai, xsangka lak leh menang. Syukur, alhamdulillah.
Meh kita layan, sekeping jer gambar saya tepek kat sini yer.
No comments:
Post a Comment