November 22, 2012

Minggu 32

Edisi cakap-cakap dengan baby:

Alhamdulillah, hari Jumaat yang lepas, kandungan ibu dah 32 minggu. Syukur, rasanya mcm baru semalam  je ibu dapat tahu yang ibu dah pregnant. Macam baru je ternampak 2 line kat UPT kit, sebab sebelu nih, asik 1 line je tiap kali test. Tak terasa masa yang berlalu. Sekejap jer, dulu rasa kempis je  padahal buncit lemak perut ibu nih, sekarang dah besar. Muncit jer. Dah terasa anak ibu nih menendang dalam perut ibu. Sangat x tak diam..he he.  


Ooohh, camni lah baby dalam perut ibu tuh. Jangan nakal-nakal ekk. Sekarang ni pon baby asik keras je dalam perut ibu. 



Masa check up kat klinik desa hari isnin baru ni, nurse cakap kepala baby dah turun ke bawah, maksudnya dah berada di tempatnya. Hmm, ibu sekarang ni dalam mood berdebar-debar dan rasa takut nak menghadapi saat baby nak keluar nanti. In shaa Allah, ibu berdoa agar semua dipermudahkan dan selamat.

Sekarang nih, tiap-tiap malam papa mesti urut kaki ibu, sebab kaki ibu memang sakit, lenguh jer, pinggang pon lenguh juga. Tapi kaki ibu belum la bengkak sangat, cuma kulit mengelupas sebab gatal-gatal jer. Dah jumpa doc, dan nurse klinik desa pon cakap, tak perlu risau sebab lepas bersalin, kaki ibu akan ok balik. Harap2 macam tu ler.

Baby dalam perut ibu, duduk baik-baik yer. Nanti 13 hb 12 kita balik umah opah penang yer. Tak sabar ibu nak jumpa dengan anak ibu nih....


Papa dan ibu syang baby tau..muahhh.


2 comments: