April 08, 2013

2 jer...

Semalam last kelas ibu pukul 2 sampai 3 petang. Lepas kelas, ibu naik opis jap, kemas2 beg, off desktop.
Lepas tu ibu tgk schedule untuk hari Selasa juga. 
Owhhh, kelas first jam 8 pagi, haruslah bawa segala buku dan pencil case yang besar dan gedabak macam tuan dier masuk dalam kereta.
Esok pagi2 tak payah naik opis dah. Lepas thumb in, terus ibu hantar Nisa’ ke taska dan terus ke kelas.

Lepas tu, turun level 1, semayang asar jap, lepas jam 4.15 petang thumb out, zassss pegi ambik anak ibu di taska. Anak ibu tidur rupanya. Langsung xsenyum dekat ibu hari ni. Biasa kalau ambik dia, dia akan buka mata, senyum dulu, dan tido balik dalam car seat.

Masa pengasuh kat taska pass Nisa’ dekat ibu, ibu tanya susu habis x?
“ ada lagi sebotol blom habis”
Ok, so Nisa’ minum 3 botol ja hari ni.

Sampai rumah, ibu pindahkan segala beg, beg susu, beg taska Nisa’, handbeg, botol air gedabak masuk dalam rumah. Pindahkan Nisa’ kat tempat tidur dia, pon tak terjaga lagik. Ok, xper, ibu baring jap tepi dia, sayang2 pipi dia, usap2 dia skit….
Sayang anak ibu banyak2. Xlama lepas tuh, papa sampai rumah. Macam biasa papa akan main dengan Nisa’ bila dah tuka baju opis dia. Tapi Nisa’ xbangun pon bila dikejut. Sekadar buka mata kejap, lepas tu ngeliat dan terus tidur balik…

Owhhh, xpe. Ibu tolong papa masak untuk dinner la jap. Sebelom pegi dapur, ibu bukak beg taska, nak ambik plastic storage bottle dan botol susu.
“eh, apasal berat nih”. Selalu kalau xhabis botol keempat, pengasuh akan letak dalam peti di taska jer.
Rupanya botol susu anak ibu stil ada susu, 4 oz pulak tu.
Maknanya anak ibu hanya minum 2 botol sahaja a.k.a 8 oz sahaja. Tu pon ntah dia minum habis atau x 8 oz tuh.
Hmmm, sian anak ibu.

Siap masak , ibu kejut Nisa’ . Papa mandikan, lepas tuh ibu tuam dan siapkan Nisa’. Lepas tu, memamng lama anak ibu nih menyusu. Sampai jam 7.15 malam. Dah lewat maghrib ibu.

Dan sebab Nisa’ kurang minum di taska, kol 10 malam Nisa’ menyusu banyak juga.
Malam pon Nisa’ bangun banyak kali. Kerap menyusu. So ibu dan papa xrisau dah. Masa tukar pampers pukul 3.20 pagi, memang berat pampersnya. Nampak sangat dia qada balik yang kurang minum di siang harinya.

Siap popo lagi masa dekat2 nak subuh. Lega ibu dan papa, anak ibu dah aktif balik, xde la ngantuk, diam jer. Bangun pagi ceria, sembang sakan dengan papa.







p/s: Pagi ni ibu bawa 3 botol je EBM. Harap Nisa’ habis la minum susu tu ya sayang.











1 comment:

  1. salam ida..happy bf! =)

    jomlaa join GA ambe...kita kongsi cerita beramai2 =)

    ReplyDelete