April 08, 2013

2 jer...

Semalam last kelas ibu pukul 2 sampai 3 petang. Lepas kelas, ibu naik opis jap, kemas2 beg, off desktop.
Lepas tu ibu tgk schedule untuk hari Selasa juga. 
Owhhh, kelas first jam 8 pagi, haruslah bawa segala buku dan pencil case yang besar dan gedabak macam tuan dier masuk dalam kereta.
Esok pagi2 tak payah naik opis dah. Lepas thumb in, terus ibu hantar Nisa’ ke taska dan terus ke kelas.

Lepas tu, turun level 1, semayang asar jap, lepas jam 4.15 petang thumb out, zassss pegi ambik anak ibu di taska. Anak ibu tidur rupanya. Langsung xsenyum dekat ibu hari ni. Biasa kalau ambik dia, dia akan buka mata, senyum dulu, dan tido balik dalam car seat.

Masa pengasuh kat taska pass Nisa’ dekat ibu, ibu tanya susu habis x?
“ ada lagi sebotol blom habis”
Ok, so Nisa’ minum 3 botol ja hari ni.

Sampai rumah, ibu pindahkan segala beg, beg susu, beg taska Nisa’, handbeg, botol air gedabak masuk dalam rumah. Pindahkan Nisa’ kat tempat tidur dia, pon tak terjaga lagik. Ok, xper, ibu baring jap tepi dia, sayang2 pipi dia, usap2 dia skit….
Sayang anak ibu banyak2. Xlama lepas tuh, papa sampai rumah. Macam biasa papa akan main dengan Nisa’ bila dah tuka baju opis dia. Tapi Nisa’ xbangun pon bila dikejut. Sekadar buka mata kejap, lepas tu ngeliat dan terus tidur balik…

Owhhh, xpe. Ibu tolong papa masak untuk dinner la jap. Sebelom pegi dapur, ibu bukak beg taska, nak ambik plastic storage bottle dan botol susu.
“eh, apasal berat nih”. Selalu kalau xhabis botol keempat, pengasuh akan letak dalam peti di taska jer.
Rupanya botol susu anak ibu stil ada susu, 4 oz pulak tu.
Maknanya anak ibu hanya minum 2 botol sahaja a.k.a 8 oz sahaja. Tu pon ntah dia minum habis atau x 8 oz tuh.
Hmmm, sian anak ibu.

Siap masak , ibu kejut Nisa’ . Papa mandikan, lepas tuh ibu tuam dan siapkan Nisa’. Lepas tu, memamng lama anak ibu nih menyusu. Sampai jam 7.15 malam. Dah lewat maghrib ibu.

Dan sebab Nisa’ kurang minum di taska, kol 10 malam Nisa’ menyusu banyak juga.
Malam pon Nisa’ bangun banyak kali. Kerap menyusu. So ibu dan papa xrisau dah. Masa tukar pampers pukul 3.20 pagi, memang berat pampersnya. Nampak sangat dia qada balik yang kurang minum di siang harinya.

Siap popo lagi masa dekat2 nak subuh. Lega ibu dan papa, anak ibu dah aktif balik, xde la ngantuk, diam jer. Bangun pagi ceria, sembang sakan dengan papa.







p/s: Pagi ni ibu bawa 3 botol je EBM. Harap Nisa’ habis la minum susu tu ya sayang.











April 06, 2013

Love her...so much


Dah lama xupdate blog
Bukan setakat bersawang ja, dah jadi rumah tinggal dh tahap nih
Kawan2 opis tanya, apa perubahan selepas ada anak....
Hmmm, sekarang apa2 pon kena utamakan anak dulu
Nak gerak bebas mcm dulu dah xde dah


Kalau dulu aku masuk opis kol 7 pagi
Sekarang masuk opis kol 8 pagi
Sebab apa.... Sebab nak uruskan anak
Nak sediakan EBM dia, transfer dari plastik storage ke dalam botol
Simpan dalam cooler bag
Lepas tuh, aku mandi
Bersiap sekadarnya...nasib aku bukan jenis bermake up, calit bedak compact n lipstic jer
Isi bag anak, beg susu, handbeg, botol air kat dalam keta
Lepas tu aku nyusukan anak
Ada la dalam 20 minit, pastu gerak ke opis
Lepas thumb in, aku antar anak ke taska, nasib taska dalam kawasan opis


Kol 4.15 ptg, aku thumb out, kalau xde kelas kol 3-4  ptg, aku solat asar dulu
Pastuh gak g taska
Amik anak, saat paling best, nisa' akan senyum masa aku ambik dia
Balik umah, dalam 5 minit dah sampai
Kalau anak xnak nyusu, aku akan pam susu
Main- main jap ngan anak
Agah2 dia
Tup tap tup tap dah nak maghrib
Kol 6.30 dah maghrib
Mandikan anak, kadang2 laki aku yang mandikan
Kalau dia siap masak awal dan aku stil xhabis perah susu
Mandi sambil basuh baju anak
solat maghrib, makan
Siap beg anak utk ke taska esok
Basuh botol susu n storage
Steril botol
Pindahkan frozen EBM ke bahagian chiller
Urusan tu urusan ni skit
Dah kol 11
Ngantok....Zzzzzz


Hmm, izi gak aku, tapi nyempat lagi ko nak update fb
He he

Ibu sayang nisa' tau
Sayang banyak2
Papa pon sayang nisa'