October 27, 2014

cerita tentang rumah : part 2






Salam semua....

Hari ni saya nak sambung lagi cerita tentang rumah part yang kedua pulak. Hari tu saya ada bagitahu tentang lawyer kan
Oleh kerana entry ni bukan entry yang fresh, tertunggak hampir 2 tahun...huhu. Saya dah lupa jumlah bayaran yang sebenar

1st lawyer yang dicadangkan oleh bank adalah satu company dah well establish di Semenanjung. 
Yang kat labuan nih cawangan yang ke berapa ntah. Setelah officer bank bagi detail lawyer, saya dan hubby pon pergilah ke pejabat lawyer yang tersebut. Pejabatnya di aras atas pasaraya milimewah. 

Bila masuk je kat pejabat tuh, saya dan hubby tengok opis tu hanya ada dua meja, rak besi dan kipas angin yang berkaki tuh. Hmm.. rasa macam pelik jer tengok.
Lepas kami bagitahu tujuan kedatangan kami, kami pon minta ler sebut harga untuk lawyer fee. Based on letter yang bank dah keluarkan, pekerja syarikat lawyer ni pon buat calculation. Tup tup…total yang dia bagi adalah hampir mencecah 2 kali ganda yang  sepatutnya.
Telan ailior lah saya. Nasib dah tanya dengan officer bank, range harga untuk lawyer fee. 

Terus kami pergi ke pejabat lawyer yang kedua. Kali ni pejabatnya di bahagian atas Bank Islam. Setelah calculation di buat, Alhamdulillah harga yang ditawarkan jauh lebih murah hampir sekali ganda. Dengan penerangan dan calculation yang munasabah, kami pon bersetuju untuk menggunakan khidmat lawyer yang ke dua nih.

Banyak  urusan yang perlu diselesaikan untuk proses pembelian rumah. Antara yang saya ingat selain urusan lawyer, adalah penilaian rumah. Untuk urusan nih x ada pilihan, kami menggunakan panel yang bank telah tentukan. Pihak valuer akan datang ke rumah untuk membuat penilaian dan mengambil gambar. 


Dipendekkan cerita, setelah sales and purchase (SNP) agreement dah sign up, kami pon menunggulah untuk pihak lawyer setelkan segala urusan yang berkaitan.

Kehidupan kami diteruskan macam biasa. Maklumlah semakin bizi katanya. Dan saya semakin bizi sebab kena ulang alik check up klinik. Pregnant anak sulung kan, memang penat tambah ada sedikit masalah.


Ok... Sampai sini saja 2nd part
Next saya sambung lagi untuk part last yer.







No comments:

Post a Comment