salam...
setelah sekian lama tak buat apa-apa entry
hari ni tergerak hati nak share tentang rumah
walau benda ni dah lama berlalu
rasa macam x aci pulak
saya asyik membaca mencilok idea dari blog kawan-kawan
tapi blog saya biar bersarang bersawang bagai
sebenarnya saya dan hubby xberniat pon nak beli rumah kat Labuan nih
semuanya terjadi macam tiba-tiba
teringat dulu masa lapor diri pada tarikh 15 Jan 2007
saya tinggal di kuarters dengan dua kawan bujang
dan saya xingat bila saya berpindah menyewa di bawah rumah orang berdua dengan sorang lagi kawan
kami tak lagi bertiga sebab kawan saya yang sorang tu dah kahwin
sebab apa kami pindah keluar..
sebab nak merasa dapat EPW, elaun perumahan wilayah...
kalau x, xada makna kerja seberang Laut China Selatan tapi gaji sama macam Semenanjung kan..
setahun menyewa berdua dengan kawan
kawan saya kahwin, saya menyewa sensorang
tapi xlama saya menyewa sorang, dalam setahun saja
selepas saya nikah, terus pindah masuk rumah sewa hubby
lebih selesa sebab rumah teres dua bilik
banding dengan rumah sewa asal di bawah rumah orang
masa mula masuk rumah hubby
rumah ni xada porch yang sempurna
bumbung zink yang dah uzur, tiang kayu yang dah nak patah, dengan semak pokok bunga kantan dan pandan sampai xnampak macam rumah berorang
haha..kenangan
pelan2 suami pujuk tuan rumah..dapat porch yang selesa, full berbumbung dan bersimen lantainya
kalau hujan, xada lagi becak depan rumah
xcantik pon rumah...hehe
masa ni dah buat bumbung baru..tapi blom bersimen lagi
ha..ni proses menyimen lantai porch
keadaan lantai porch sebelum disimen sepenuhnya
dalam setahun lepas tu, tuan rumah decide nak jual rumah yang kami sewa
dengan 2,3 kali ada buyers yang datang nak tengok rumah
memang xbest kot. kita stil menyewa, ada orang datang masuk rumah tengok2 kan
mula kami bedua susah hati
kalau nak tahu, kat Labuan nih rumah sewa memang macam goreng pisang
terlajak laris,
kalau ada kawan opis isi borang pindah
dah ada orang nak chop masuk rumah
dan sewa rumah di Labuan, memanglah mahal
wilayah kekdahnya
dan bandar oil and gas katanya
rumah teres kos rendah dua bilik dengan dapur sempit, dalam range harga hampir 1k...
dipendekkan cerita
maka berpusinglah kami satu Labuan mencari rumah sewa
jenuh bertanya semua orang
last2 dapat juga di area Wong Woo Lo, dekat rumah kawan opis hubby
siap dah bayar duit deposit
alih2 tuan rumah datang pada satu petang
memujuk hubby supaya beli rumah tu
siap bagi diskaun lagi dari harga yang buyers lain dah sanggup beli
dia kesian kat hubby yang dah lama menyewa rumah rumah tu
setelah berpikir kami laki binik, setelah pikir itu ini
kami pon mula panjat tangga bank
carik mana bank yang murah interest loan rumah
at last kami pilih bank mualamalat
dan harga bayaran bulanan yang ditawarkan adalah below 600 hengget
lagi murah dari jumlah sewa bulanan kalau cari umah sewa baru yang cecah hampir 1k
plus ada kawan hubby yang nak transfer dari Semenanjung ke Labuan minta tolong cari rumah
dengan anak kecik bagai nak pindah
so kami let go rumah yang dah bayar depo kat kawan hubby
dipendekkan cerita bermulalah segala proses, cari lawyer
nasib bank yang tolong suggest
yang 1st, kami pergi
ya Allah...harga memang rabak
bila search pak cik google..macam xmasuk akal ja
hmmm, jumpa plak lawyer yang kedua, alhamdulillah HARGA ok.
harga ja ok, servis agak ke laut pulak...harap maklom..
nanti aku crita kenapa ke laut servisnya tu
untuk pengetahuan, harga lawyer fee adalah based on harga rumah
ada calculation percent dari harga rumah
>>>> ok, 1st entry pasal rumah Labuan sampai sini dl
>>>> nanti saya sambung lagi ok..
No comments:
Post a Comment