June 16, 2013

outstation lagik...

salam...start hari isnin, minggu baru, semangat baru, dan semoga minggu ni cepat berlalu, cepat weekend...hehe

kalau jadi, minggu ni nak pegi merendek jenjalan kat KL, cadangnyer petang Jumaat lepas keje, amik flight kul 5.20pm. sampai malam, check in hotel kat Jalan TAR @ Jalan Masjid India, pagi Sabtu jalan2, shopping apa2 yang best dan xde kat Labuan nih

nak pegi pasar malam, nak makan makanan pasar malam yang xde kat Labuan nih, nak makan rangka ayam (zaman belajar dulu aku ngan gang rumah panggil dinasour, beli kat pasar malam Tg Malim), murtabak dan lain-lain lagi

hajat hati, nak sambar kain pasang dua tiga helai, baju untuk nisa', kasut kerja hubby dan entah lagi... matlamat utama hanya untuk keluar dari labuan...dan juga lepas tension. tension weh, kena tinggal kat umah sorang2, hubby asik outstation aje.

hujung April ~ Melaka seminggu

Mei ~ Terengganu 3 minggu

awal Jun~ Klang seminggu

semalam, masa fetch hubby kat airport, dia bagitau, kena pegi lagi 3 kali untuk tahun nih...owh noooo.


hujung Jun~ Kota Kinabalu seminggu

lepas raya~ Langkawi seminggu

hujung tahun~ Sarawak seminggu


xapalah, asalkan hubby xkena tukar tempat kerja, since dia nak kena ajar course baru, kena la gi kursus kan, tapi sian ibu ngan nisa' kan, asik kena tinggal jer...hu hu

1 comment:

  1. Waaahhh bizi nyer...tak besh kan asben takde lelame nih..:-)

    ReplyDelete